ERP & LAMS Systems Maintenance  – Exciting News! The ERP and LAMS systems will be updated with a fresh new look today (20 December 2024), 6:00 PM to 12:00 AM (MYT). During this time, the systems may be temporarily unavailable. We can’t wait for you to explore the new interface! 💻✨

News & Media - In the News

News & Media - In the News

SIDC perkenal ICF sebagai panduan profesional pasaran modal

KUALA LUMPUR – Securities Industry Development Corporation (SIDC), bahagian pembelajaran dan pembangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), memperkenalkan Rangka Kerja Kecekapan Industri (ICF) yang baharu untuk memberi panduan sejagat bagi keupayaan kecekapan kepada profesional pasaran modal.

Langkah itu bertujuan untuk meningkatkan lagi daya saing industri susulan persekitaran global yang berubah-ubah.

Ketua Pegawai Eksekutif SIDC, Sharifatul Hanizah Said Ali berkata, ICF adalah tepat pada masanya bukan sahaja untuk menangani kekurangan bakat dalam industri tetapi juga untuk menghadapi cabaran masa hadapan dengan meningkatkan keupayaan organisasi.

“ICF direka bentuk untuk memacu prestasi mampan dengan memperkasa para profesional dan pekerja dalam industri yang sedia ada, ia berfungsi sebagai alat yang berguna untuk menilai kecekapan bagi peningkatan kerjaya dan perkembangan dalam pasaran modal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Melangkah ke hadapan, ICF akan berfungsi sebagai asas bagi pembangunan kelayakan yang diselaraskan dengan kecekapan dan program latihan untuk pasaran modal, termasuk Kelayakan Profesional Pasaran Modal (CMPQ) SIDC yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Ia memperincikan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri utama yang diperlukan untuk peranan yang relevan dalam aktiviti pasaran modal yang dikawal selia, dengan set petunjuk dan kriteria pengukuran tertentu.

Antara ciri-ciri utama rangka kerja ini ialah Kamus Keupayaan, alat yang menerangkan kecekapan teras yang berkaitan dengan peranan khusus bersama-sama dengan tahap kecekapan yang diperlukan.

Meliputi 58 jenis kecekapan dan merangkumi 105 peranan pekerjaan, ICF merupakan rangka kerja kecekapan komprehensif yang pertama bagi pasaran modal Malaysia.

Rangka kerja ini dijangka dapat memperluaskan kurikulum Pendidikan Profesional Berterusan, program pengetahuan teknikal mandatori, kemahiran dan etika bagi profesional pasaran modal, dengan memasukkan kecekapan tingkah laku seperti kemahiran pengurusan diri, pengurusan manusia dan kepimpinan organisasi.- MalaysiaGazette

SIDC – Delivering Professional Excellence