Pelaburan di dalam Aset Kripto

Investor Education & Capacity Building Programmes

08
Apr 2021

8:30 pm - 9:30 pm

SIDC LAMS

Speakers : Suraya Zainudin

MYR FOC *Fee is not inclusive of 8% SST

Program Aset Digital untuk Pelabur

Inisiatif daripada Capital Market Development Fund (CMDF)

Pelaburan di dalam Aset Kripto adalah program yang disediakan untuk pelabur runcit di Malaysia bertujuan memberi kesedaran serta pendidikan kepada orang awam tentang perkara asas semasa melabur dalam empat aset kripto yang diluluskan. Sejak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membuka laluan untuk mengawal selia aset kripto dengan mengiktiraf beberapa Pengendali Pasaran Diiktiraf (“RMO”) / bursa aset digital (DAX) pada Oktober 2019, orang awam masih menjadi mangsa skim penipuan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi yang terjejas kerana pandemik COVID- 19. Oleh itu, program ini memberi peluang terbaik untuk masyarakat mempertingkatkan kesedaran masing-masing tentang pelaburan aset kripto. Program ini akan merungkai mitos dan memaparkan fakta sebenar kepada bakal pelabur bagi menambah pengetahuan mereka dalam kelas aset ini, supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan yang menjanjikan pulangan yang tinggi.

 

 

Objektif Program

Program ini dirancang khas bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dengan informasi yang tepat untuk melabur dalam aset kripto (contoh: Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan XRP) secara berhemah dan bertanggungjawab
  • Memberi pendedahan kepada peserta tentang ciri-ciri unik, sejarah dan istilah dalam empat aset kripto yang diluluskan; kajian kes untuk pelabur serta kesan COVID-19 terhadap kelas-kelas aset tersebut
  • Memaklumkan peserta berkenaan risiko dan ganjaran melabur dalam aset kripto, serta hak (perlindungan) dan tanggungjawab mereka sebagai melabur
  • Memberi panduan kepada peserta tentang informasi pengendali-pengendali bursa aset digital yang sah serta kaedah mengenalpasti skim penipuan berkaitan aset kripto

Mod

Webinar Secara Langsung

Peserta Sasaran

  • Individu yang berminat dengan pelaburan aset kripto

Tujuan Pembelajaran

Selesai menghadiri program ini, peserta akan dapat:

  • Mengetahui cara melabur aset kripto (contoh: Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan XRP) dan menjadi para pelabur yang bijak dan bertanggungjawab
  • Mengenalpasti ciri-ciri unik, sejarah dan istilah dalam empat aset kripto; kajian kes dan kesan COVID-19 terhadap kelas aset yang dikenalpasti
  • Menerangkan penggunaan teknologi di sebalik aset digital, contoh: Blockchain
  • Mengenalpasti risiko dan ganjaran terlibat dalam pelaburan aset kripto
  • Menerangkan hak, tanggungjawab dan kelebihan melabur dalam aset kripto
  • Menerangkan bagaimana untuk membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkenaan penipuan dan/atau pengendali pasaran yang tidak diiktiraf
  • Merungkai mitos-mitos berkenaan aset kripto
8.30 pm – 9.30 pm
  • Aset Kripto sebagai Kelas Aset Pelaburan
    • Mengenalpasti ciri-ciri unik, sejarah dan penggunaan istilah dalam empat aset kripto yang dikenalpasti; kajian kes dan kesan COVID-19 terhadap kelas aset tersebut
    • Penggunaan teknologi dalam pelaburan aset kripto, contoh: Bitcoin
    • Mengenalpasti kelebihan dan risiko pelaburan dalam aset kripto
    • Strategi asas pelaburan dalam aset kripto
  • Kepentingan pengawalseliaan serta kaedah yang betul dalam pelaburan aset kripto
  • Hak, tanggungjawab dan kelebihan pelabur aset kripto melalui Pengendali Pasaran Diiktiraf (“RMO”)
  • Bagaimana mengenalpasti RMO dan membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkenaan skim penipuan dan/atau pengendali pasaran yang tidak diiktiraf

Penceramah

Suraya Zainudin

Pengasas, RinggitOhRinggit.com

+
READ MORE
*The SIDC reserves the right to amend the programme as deemed appropriate without prior notice

Recommended for you

Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
07
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination AM

10:00:00 AM - 11:30:00 AM

Online Remote Proctoring


Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
07
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination AM

10:00:00 AM - 11:30:00 AM

Online Remote Proctoring


FacebookWhatsAppLinkedInEmail
Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
07
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination PM

02:30:00 PM - 05:00:00 PM

Online Remote Proctoring


Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
07
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination PM

02:30:00 PM - 05:00:00 PM

Online Remote Proctoring


FacebookWhatsAppLinkedInEmail
Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
08
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination AM

10:00:00 AM - 11:30:00 AM

Online Remote Proctoring


Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
08
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination AM

10:00:00 AM - 11:30:00 AM

Online Remote Proctoring


FacebookWhatsAppLinkedInEmail

View SIDC Calendar

Download

View T&C
SIDC – Delivering Professional Excellence