Perdagangan Aset Kripto

Investor Education & Capacity Building Programmes

21
Apr 2021

10:00 am - 11:00 am

SIDC LAMS

Speakers : Suraya Zainudin

MYR FOC *Fee is not inclusive of 8% SST

Program Aset Digital untuk Pelabur

Inisiatif daripada Capital Market Development Fund (CMDF)

Perdagangan Aset Kripto (contoh: Bitcoin, Ethereum, Litecoin & XRP) bersama SIDC adalah program yang disediakan untuk pelabur runcit di Malaysia bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan dan kaedah perdagangan empat aset kripto yang dikenalpasti, secara bijak dan bertanggungjawab. Sejak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia membuka laluan untuk mengawal selia aset kripto dengan mengiktiraf beberapa Pengendali Pasaran Diiktiraf (“RMO”)/ bursa aset digital (DAX) pada Oktober 2019, orang awam didapati masih belum meneroka sepenuhnya aktiviti perdagangan aset kripto dan pelbagai produk yang ditawarkan. Program ini direka bagi tujuan meningkatkan kemahiran teknikal pelabur yang berminat untuk menjalani perdagangan atau transaksi perniagaan berasaskan aset kripto. Perdagangan aset kripto dikategorikan sebagai aktiviti yang berisiko tinggi. Oleh itu, pengurusan risiko dan perdagangan secara analitik harus dititikberatkan bagi mengelakkan pelabur terjebak dalam skim penipuan dan seterusnya mengalami kerugian. Program ini akan membincangkan produk-produk sedia ada yang boleh diteliti oleh pelabur untuk mengatur strategi perdagangan mereka. Akhir sekali, program ini akan membincangkan pelbagai faktor lain yang mungkin juga boleh mempengaruhi prestasi aset kripto.

 

 

Objektif Program

Program ini dirancang khas bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  • Meningkatkan kesedaran pelabur yang berminat melalui informasi dan pendedahan yang diperlukan untuk perdagangan berasaskan aset kripto (contoh: Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan XRP) secara bijak dan bertanggungjawab
  • Menyampaikan informasi asas tentang aset kripto: ciri istimewa, sejarah, penggunaan istilah daripada 4 aset kripto yang telah dikenalpasti; kaedah penyimpanan selamat, kajian kes untuk pelabur dan pelbagai faktor yang mempengaruhi prestasi aset kripto tersebut
  • Memberi pendedahan menyeluruh terhadap prestasi aset kripto berbanding kelas aset lain
  • Memaklumkan peserta tentang risiko dan ganjaran perdagangan aset kripto, termasuk hak (perundangan) dan tanggungjawab (percukaian) apabila berdagang aset kripto melalui Pengendali Pasaran Diiktiraf (“RMO”)
  • Kaedah-kaedah perdagangan aset kripto di bawah pengawalseliaan yang betul
  • Memberi maklumat dan pendedahan kepada pelabur yang berminat tentang pengurusan risiko dan portfolio yang betul dalam perdagangan aset kripto

Mod

Webinar Secara Langsung

Peserta Sasaran

  • Individu yang berminat dengan pelaburan dan perdagangan melalui asset kripto

Tujuan Pembelajaran

Selesai menghadiri program ini, peserta akan dapat:

  • Menerangkan bagaimana perdagangan atau transaksi perniagaan aset kripto (contoh: Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan XRP) dilakukan secara bijak dan bertanggungjawab
  • Mengenalpasti ciri-ciri unik, sejarah serta penggunaan istilah daripada empat aset kripto yang dikenalpasti
  • Menjelaskan kaedah terbaik untuk menyimpan aset kripto secara selamat
  • Menerangkan pelbagai faktor yang menentukan prestasi kelas aset dan pencapaian prestasi aset kripto berbanding kelas aset yang lain
  • Menjelaskan risiko dan ganjaran perdagangan aset kripto, termasuk hak (perundangan) dan tanggungjawab (termasuk percukaian)
  • Menggunakan kaedah yang yang selamat dan diiktiraf dalam menjalankan perdagangan aset kripto
  • Mengenalpasti strategi-strategi asas perdagangan aset kripto dan pengurusan risiko dan portfolio yang selamat dan berkesan dalam perdagangan aset kripto
10.00 am – 11.00 am
  • Ciri-ciri istimewa, sejarah, istilah empat aset kripto yang dikenalpasti; kaedah simpanan terbaik dan selamat; kajian kes untuk pelabur serta pelbagai faktor yang diambilkira dalam menentukan prestasi kelas asset
  • Pandangan menyeluruh terhadap aset kripto sebagai kelas aset baru dan perbandingan prestasi dengan kelas aset yang lain
  • Kaedah terbaik untuk menyimpan aset kripto secara selamat
  • Risko dan ganjaran perdagangan aset kripto, termasuk hak (perundangan dan perlindungan) dan tanggungjawab (percukaian) melalui perdagangan aset kripto
  • Strategi asas dalam perdagangan aset kripto
  • Kaedah-kaedah yang digunapakai dalam perdagangan aset kripto
  • Pengurusan risiko dan portfolio yang berkesan dan selamat

Penceramah

Suraya Zainudin

Pengasas, RinggitOhRinggit.com

+
READ MORE
*The SIDC reserves the right to amend the programme as deemed appropriate without prior notice

Recommended for you

Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
07
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination AM

10:00:00 AM - 11:30:00 AM

Online Remote Proctoring


Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
07
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination AM

10:00:00 AM - 11:30:00 AM

Online Remote Proctoring


FacebookWhatsAppLinkedInEmail
Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
07
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination PM

02:30:00 PM - 05:00:00 PM

Online Remote Proctoring


Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
07
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination PM

02:30:00 PM - 05:00:00 PM

Online Remote Proctoring


FacebookWhatsAppLinkedInEmail
Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
08
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination AM

10:00:00 AM - 11:30:00 AM

Online Remote Proctoring


Assessment
Securities Commission Licensing Examination (SCLE)
08
Jan 2025
Securities Commission Licensing Examination AM

10:00:00 AM - 11:30:00 AM

Online Remote Proctoring


FacebookWhatsAppLinkedInEmail

View SIDC Calendar

Download

View T&C
SIDC – Delivering Professional Excellence